awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF

Bernama
Bernama
03/11/2019
03:30 MYT
Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF
LAM THYE: Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial. -Gambar fail
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menasihatkan orang ramai agar tidak sekali-kali menumpangkan akaun bank mereka untuk membantu kenalan dan orang lain kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan akaun mereka dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini berkata laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan lebih 50 peratus kes keldai akaun melibatkan pelajar, khususnya penuntut institusi pengajian tinggi apabila akaun mereka digunakan pihak ketiga bagi transaksi jenayah siber.
"Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial.
"Persepsi sekadar menumpang akaun ini sebenarnya hanya akan menjerat pemilik akaun itu sendiri. Apabila ditahan, mereka sendiri yang akan didakwa walaupun bukan mereka yang lakukan jenayah," katanya.
Dianggarkan kerugian yang dilaporkan akibat jenayah siber mencecah RM309.67 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Institusi Pengajian Tinggi
#Lee Lam Thye
#MCPF
#transaksi jenayah siber
#Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan