awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI nilai kerugian akibat banjir di Kelantan, Terengganu

Bernama
Bernama
03/03/2022
10:19 MYT
MAFI nilai kerugian akibat banjir di Kelantan, Terengganu
Ibu tunggal Zaharah Che Wan Sulaiman, 58, (kiri) mengutip timun yang ditenggelami banjir di kebunnya di Rantau Panjang, pada Ahad lepas. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses menilai kerugian sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee.
Pada masa ini, katanya anggaran kerugian sektor agromakanan di dua negeri berkenaan berjumlah RM500,000 antaranya melibatkan sektor padi beras, penternakan dan akuakultur.
"Banjir di Kelantan dan Terengganu, kita sedang mengemas kini data kerosakan dalam sektor agromakanan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10, di sini hari ini.
Ronald berkata MAFI telah menyalurkan bantuan berjumlah RM22 juta kepada sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir pada Disember lepas, meliputi bantuan untuk memulakan perusahaan.
"Angka (dana disalurkan) itu sentiasa meningkat sebab nilaian ada yang belum tamat lagi dan ada yang bertambah," katanya.
Ronald dalam pada itu berkata kursus dan latihan di bawah institusi latihan kendalian MAFI akan terus ditambah baik bagi melengkapkan peserta kursus dengan teknologi terkini dalam industri agromakanan dan mendedahkan mereka kepada pertanian moden berteraskan Revolusi Industri 4.0.
Beliau berkata satu kursus baharu iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyelenggaraan Jentera Pertanian akan diperkenalkan bagi pengambilan pada September depan.
Majlis Konvokesyen Pertanian ke-10 itu melibatkan 1,712 graduan yang telah menamatkan pengajian di 14 institusi latihan kendalian MAFI bagi 2020 dan 2021.
Sehingga kini, MAFI telah melahirkan seramai 21,759 pelatih berkemahiran dalam sektor pertanian sejak 1969.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAFI
#banjir kelantan
#banjir terengganu
#kerugian sektor agromakanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan