awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAG peroleh bekalan bahan api mencukupi hingga akhir tahun

Bernama
Bernama
02/04/2026
04:30 MYT
MAG peroleh bekalan bahan api mencukupi hingga akhir tahun
MAG telah mengoptimumkan pengurusan bahan api dengan memperoleh bahan api tambahan dari stesen terpilih untuk memastikan operasi tidak terganggu. - Gambar fail
Malaysia Aviation Group (MAG) mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk mengekalkan operasi sehingga akhir tahun ini walaupun terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga minyak pada peringkat global.
Jaminan ini diberikan apabila wujud kebimbangan bahawa sebahagian syarikat penerbangan serantau dijangka berdepan kekangan bahan api seawal pertengahan tahun ini akibat gangguan bekalan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata kedudukan MAG disokong oleh perjanjian bekalan berasaskan kontrak di pasaran domestik dan antarabangsa.
“Kami telah memperoleh komitmen daripada pembekal kami sama ada di dalam atau luar negara. Sesetengah negeri dan negara mempunyai had tertentu dari segi pengambilan bahan api,” katanya pada sidang media mengenai Prestasi Kewangan 2025 MAG di sini hari ini.
Beliau berkata MAG telah mengoptimumkan pengurusan bahan api dengan memperoleh bahan api tambahan dari stesen terpilih untuk memastikan operasi tidak terganggu.
Pada masa yang sama, Nasaruddin berkata kumpulan itu giat menguruskan risiko kos melalui strategi lindung nilai bahan api yang berdisiplin untuk mengurangkan impak daripada turun naik harga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#MAG
#Malaysia Airlines
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan