awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Jenayah Khas kendali kes seksual kanak-kanak ditubuhkan Jun depan

Bernama
Bernama
07/04/2017
11:49 MYT
Mahkamah Jenayah Khas kendali kes seksual kanak-kanak ditubuhkan Jun depan
Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan
Mahkamah Jenayah Khas yang mengendalikan kes melibatkan jenayah seksual kanak-kanak dijangka bermula di Putrajaya pada Jun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu diputuskan hasil perbincangannya dengan Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif di Istana Kehakiman hari ini.
Pertemuan itu turut disertai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Datuk Anita Harun, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Datuk Abd Rahman Putra Taha dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Datuk Haini Hassan.
"Secara prinsipnya, Ketua Hakim Negara bersetuju dengan penubuhan Mahkamah Jenayah Khas ini dan ia dijangka bermula pada Jun depan di Putrajaya.
"Bagi memastikan prosiding dan perbicaraan kes berlangsung dengan lancar, hakim-hakim dan pengamal undang-undang akan menjalani latihan khusus anjuran ILKAP dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina berkata penubuhan Mahkamah Jenayah Khas itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk membanteras penganiayaan seksual kanak-kanak dan melindungi mereka secara holistik, sekali gus melancarkan perbicaraan kes yang melibatkan kanak-kanak.
Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah seksual
#Kanak-kanak
#kes seksual
#mahkamah khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan