Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok

Mohd Isa telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Keputusan itu mendorong pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, akan mengetahui esok sama ada beliau akan terus menikmati kebebasan atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta.
Ringkasan AI
- Mohd Isa Samad menanti keputusan esok berhubung sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta; Mahkamah Persekutuan akan umumkan keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda itu.
- Pihak pendakwaan berhasrat mengembalikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan ke atas Mohd Isa oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021; tambahan hukuman 18 tahun penjara jika denda tidak dibayar.
- Mohd Isa dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024, tetapi pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan yang akan mengumumkan keputusan esok.
Mohd Isa telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Keputusan itu mendorong pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Panel hakim mendengar rayuan itu pada Khamis lalu dan menetapkan esok untuk keputusan.
Mohd Isa didakwa menerima RM3.09 juta dalam bentuk suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu dan peguam Mohd Isa, M. Athimulan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


