awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
Duta Rusia gesa AS kekalkan angkasa lepas sebagai ruang kerjasama, bukan persaingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros cabar jaminan bank RM7.95 juta

Bernama
Bernama
25/02/2026
06:48 MYT
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros cabar jaminan bank RM7.95 juta
Peguam Datuk Cyrus Das yang mewakili Petronas bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Tinggi Kuching, hari ini. -Foto Bernama
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk mencabar tuntutan jaminan bank oleh Petronas berjumlah RM7.95 juta.
Peguam Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili Petronas, berkata hakim memutuskan bahawa Petros gagal membuktikan bahawa tuntutan jaminan bank oleh Petronas adalah tidak wajar atau menyalahi undang-undang.
“Ini bermakna tuntutan jaminan bank oleh Petronas telah diiktiraf sebagai sah,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah manakala Penasihat Undang-Undang Sarawak Datuk Seri JC Fong mewakili Petros.
Sementara itu, mengenai isu perlembagaan yang dibangkitkan, Cyrus berkata mahkamah memutuskan bahawa perkara tersebut berada di luar skop saman pemula.
Beliau berkata hakim memutuskan bahawa forum yang betul untuk menentukan isu perlembagaan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) Sarawak ialah Mahkamah Persekutuan.
“Mahkamah memutuskan bahawa persoalan perlembagaan berkaitan PDA 1974 dan DGO 2016 akan ditentukan di peringkat persekutuan.
“Pada 16 Mac, Petronas akan memohon kebenaran untuk merujuk perkara ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Mahkamah juga memerintahkan Petros membayar kos guaman sebanyak RM50,000 kepada Petronas.
Sebelum ini, Petros memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang Petronas daripada menuntut jaminan bank berjumlah RM7.95 juta, dengan alasan bahawa Petronas tidak memiliki lesen yang sah di bawah DGO 2016 Sarawak untuk beroperasi di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petros
#Petronas
#Cyrus Das
#Mahkamah Tinggi KUching
#tuntutan jaminan bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan