awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu takutkan penguat kuasa dipercayai motif kereta Komander AKPS ditembak - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2026
04:35 MYT
Mahu takutkan penguat kuasa dipercayai motif kereta Komander AKPS ditembak - Polis
Adzli berkata, polis tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan ke kereta Komander AKPS itu diupah sindiket.
Mahu menakutkan pegawai penguat kuasa dipercayai merupakan motif awal insiden kereta Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati individu tertentu terhadap pihak berkuasa seperti AKPS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak melakar kejayaan rampasan.
"AKPS berjaya merampas daging khinzir yang cuba diseludup masuk pada bulan lalu dan rampasan lain menyebabkan kemungkinan ada yang tidak berpuas hati.
“Jadi motif kejadian setakat ini ialah untuk menakut-nakutkan pihak berkuasa. Bagaimanapun kejadian ini tidak akan mematahkan semangat semua pengawai penguat kuasa untuk terus menjalankan tugas dan membanteras penyeludupan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Adzli berkata, siasatan setakat ini mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan tembakan.
“Ketika kejadian itu, beliau (Komander AKPS Bukit Kayu Hitam) yang dalam perjalanan ke masjid terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan. Beliau cuba mengejar dua lelaki menaiki motosikal namun gagal,” katanya.
Adzli menambah, polis tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan ke kereta Komander AKPS itu diupah sindiket.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan suspek diupah sindiket untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun siasatan masih berjalan dan kita menyiasat dari semua aspek,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian pegawainya diserang dua lelaki dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke sana. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#AKPS
#Kes Tembak
#Komander AKPS Bukit Kayu Hitam
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan