awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPk sedia bantu pelajar di Mesir bawa pulang 200 naskah kitab ulama Nusantara

Bernama
Bernama
16/04/2024
04:23 MYT
MAIPk sedia bantu pelajar di Mesir bawa pulang 200 naskah kitab ulama Nusantara
Muhammad Nur Hadi mengumpul kitab lama asli Nusantara yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu. --fotoBERNAMA
IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sedia membantu pelajar tajaannya di Universiti Al-Azhar di Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin membawa pulang lebih 200 kitab turath dari Mesir ke Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam merupakan khazanah berharga hasil karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.
Beliau berkata MAIPk juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kelestarian khazanah berharga itu terus berkekalan.
"Antaranya termasuklah karangan Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakannya ditulis dalam tulisan jawi dan Aceh dari sekitar 1920 hingga 1960.
“Naskhah diperoleh daripada Maktabah al-Halabi yang juga merupakan syarikat percetakan dan penerbitan tertua di negara Timur Tengah serta daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid al-Azhar itu bakal ditempatkan di Perpustakaan Penyelidikan MAIPk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 Antara koleksi kitab lama asli Nusantara dari sekitar 1920an hingga 1960an yang dijumpai dan dikumpul oleh Muhammad Nur Hadi. --fotoBERNAMA
Antara koleksi kitab lama asli Nusantara dari sekitar 1920an hingga 1960an yang dijumpai dan dikumpul oleh Muhammad Nur Hadi. --fotoBERNAMA
Syamsul Hazeman berkata ketika menghubungi Muhammad Nur Hadi, pelajar itu memaklumkan memerlukan dana untuk menambah koleksi karya seumpamanya daripada sumber lain termasuk daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid Al-Azhar.
"Dia (Muhammad Nur Hadi) turut menyimpan hasrat untuk berkongsi karya-karya ilmiah nukilan ulama Nusantara tersebut bersama masyarakat di Malaysia melalui galeri khas atau perpustakaan.
"Dia juga bercita-cita untuk menerbitkan karya sendiri yang berkisarkan pemikiran ulama-ulama Nusantara terkenal terutamanya Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dan Syeikh Wan Ahmad Al-Fattani," katanya.
Muhammad Nur Hadi ketika sedang mencari 'tinggalan' kitab lama asli Nusantara di gudang buku, Mustafa al-Halabi. --fotoBERNAMA
Muhammad Nur Hadi ketika sedang mencari 'tinggalan' kitab lama asli Nusantara di gudang buku, Mustafa al-Halabi. --fotoBERNAMA
Sebelum ini, Bernama melaporkan Muhammad Nur Hadi yang merupakan penuntut tahun akhir Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pengkhususan Pengajian Hadis telah membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya bagi mendapatkan kitab berkenaan.
Anak ketiga daripada lapan beradik berasal dari Padang Rengas itu mula mengumpul karya turath tulisan ulama Nusantara sejak 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIPk
#kitab turath
#Muhammad Nur Hadi Salehuddin
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan