awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPs arah masjid terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari

Bernama
Bernama
14/05/2021
04:37 MYT
MAIPs arah masjid terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari
Semua masjid di Perlis diminta agar meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama tujuh hari bermula daripada solat Jumaat hari ini. - Gambar hiasan
KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama tujuh hari berturut-turut, bermula solat Jumaat hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan tersebut mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lalu.
"Semua masjid di Perlis diminta agar meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama tujuh hari bermula daripada solat Jumaat hari ini sehingga solat Jumaat pada 21 Mei," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas masjid yang ketiga paling suci dalam Islam, ketika umat Islam sedang beriktikaf dan bertarawih bagi menghidupkan sepuluh malam hari terakhir dalam bulan Ramadan itu merupakan tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan.
"Beta menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin," katanya.
MAIPS sebelum ini mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari pada 11 dan 12 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIPs
#Perlis
#qunut nazilah
#masjid
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin
#Raja Muda Perlis
#Solat Jumaat
#tujuh hari berturut-turut
#Zionis
#Palestin
#Israel
#solat fardu
#Masjid Al-Aqsa
#serangan
#tentera
#keselamatan
#Ramadan
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan