awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal Batik Perak sebagai produk istimewa baharu

Bernama
Bernama
27/07/2024
09:45 MYT
Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal Batik Perak sebagai produk istimewa baharu
Dinding bangunan di lorong yang dihiasi mural seni alat muzik pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh. - Gambar/ Bernama
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengetengahkan Batik Perak sebagai produk istimewa terbaharu yang dilihat mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata penggunaan tanah liat akan dijadikan salah satu daripada bahan alternatif untuk menghasilkan Batik Perak.
"Saya tidak mahu mendedahkan lebih lanjut mengenai Batik Perak ini kerana kita akan memperincikan lebih lanjut pada satu majlis bulan depan.
"Selama ini orang kenal Ipoh dengan pelancongan gastronomi, ekopelancongan atau bandar kreatif, jadi kita mahu memperkenalkan batik dengan jenama Batik Perak di bawah pelancongan budaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mural 'City of Music' Bandar Kreatif Ipoh UNESCO sempena sambutan ulang tahun ke-2 Lorong Seni @ Lorong Panglima di sini hari ini.
Rumaizi berkata setakat ini sebanyak 12 pengusaha batik tempatan terlibat dalam proses pembuatan Batik Perak yang akan menampilkan pelbagai motif dan corak.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan Batik Perak dapat menembusi pasaran antarabangsa antaranya China, Vietnam serta Thailand.
Sementara itu, lebih 3000 warga Ipoh telah memeriahkan sambutan berkenaan hari ini dengan dihidangkan pelbagai acara menarik seperti jualan kraftangan, karikatur, jualan kopi, pertandingan mencari bakat, demonstrasi Labu Sayong dan lukisan potret, pertandingan batu seremban serta pertandingan mewarna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Batik Perak
#produk pelancongan
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan