awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis sambutan Aidilfitri di Istana Arau pada raya pertama

Bernama
Bernama
19/03/2026
02:10 MYT
Majlis sambutan Aidilfitri di Istana Arau pada raya pertama
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. - Foto BERNAMA
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau akan diadakan pada raya pertama di Dataran Majlis, Istana Arau selepas solat sunat Aidilfitri, yang bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Menurut kenyataan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, para hadirin adalah digalakkan untuk berpakaian kebangsaan dan sopan sepanjang berada di pekarangan Istana Arau.
“Pemakaian seluar pendek dan pakaian yang tidak sopan adalah tidak dibenarkan,” menurut Pejabat Raja Perlis itu.
Pejabat itu memaklumkan, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat Istana Arau.
“Solat berkenaan akan diadakan pada 8 pagi. Sehubungan dengan itu, para jemaah khususnya dari Kariah Kota Raja Arau dipelawa hadir bagi bersama-sama menunaikan solat,” menurut pejabat itu.
Para jemaah dinasihatkan membawa sejadah sendiri, hadir dalam keadaan berwuduk dari rumah atau mengambil wuduk di Masjid Negeri Arau terlebih dahulu, dan membawa uncang kasut untuk penyimpanan yang selamat bagi memastikan kelancaran serta keselesaan.
Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, solat sunat itu akan dipindahkan ke ruang solat Masjid Negeri Arau dan jalan raya di hadapan Istana Arau akan ditutup sementara.
“Kenderaan boleh diletakkan di sekitar Masjid Negeri Arau atau Dewan Sivik dengan kawal selia polis trafik,” menurut pejabat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Arau
#Aidilfitri
#Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
#Masjid Negeri Arau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan