awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM2 bilion sebulan kekalkan RON95 pada RM1.99 - PM
Amaran ribut petir di lima negeri sehingga 6 petang
Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 berkuat kuasa 1 Jun depan - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tadabbur dan Khatam Al-Quran himpun 1,089 peserta di Perlis

Astro AWANI
Astro AWANI
15/03/2026
05:11 MYT
Majlis Tadabbur dan Khatam Al-Quran himpun 1,089 peserta di Perlis
Pada majlis sama, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 22 peserta tadarus serta enam imam dan bilal masjid. - Foto Astro AWANI
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Majlis Tadabbur dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2026 yang menghimpunkan seramai 1,089 peserta di Masjid Al-Muqarrabin Behor Empiang pada Sabtu.
Majlis tersebut turut mendapat sokongan penaung program, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang juga anakanda puteri sulung Raja Muda Perlis.
Sebanyak 47 masjid di seluruh negeri ini berjaya menganjurkan 78 kumpulan tadarus sepanjang Ramadan tahun ini, sekali gus mencerminkan komitmen masyarakat Perlis dalam menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan yang penuh keberkatan.
Inisiatif tersebut juga diharapkan dapat mendorong lebih banyak masjid yang masih belum mempunyai kumpulan tadarus untuk mengambil langkah mewujudkannya pada masa hadapan.
Program tahunan itu dianjurkan oleh Majlis Gabungan Persatuan Wanita Negeri Perlis (NCWO Perlis) di bawah kepimpinan pengerusinya, Datuk Mastika Junaidah Husin dengan kerjasama Pertubuhan Khidmat Wanita Negeri Perlis (PERWANIS) serta Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI).
Majlis dimulakan dengan sesi tadarus dan khatam Al-Quran sebelum diteruskan dengan sesi tadabbur Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar Al-Hafiz.
Pada majlis sama, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 22 peserta tadarus serta enam imam dan bilal masjid.
Penganjuran program berkenaan bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh penghayatan terhadap Al-Quran, malah turut menyemarakkan semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam usaha memartabatkan syiar Islam serta mengimarahkan institusi masjid di negeri ini.
Topic Berkaitan
#Raja Puan Muda Perlis
#Majlis Tadabbur dan Khatam Al-Quran
#Kangar
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan