awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan akan ditubuh tidak lama lagi - Menteri

Bernama
Bernama
07/06/2020
12:54 MYT
Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan akan ditubuh tidak lama lagi - Menteri
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (dua dari kanan) berkata majlis itu yang akan dipengerusikan beliau sendiri bakal ditubuhkan di Labuan sebagai instrumen pemantauan pembangunan ekonomi pulau tersebut. - Bernama
Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan (MTPP) akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengawasi serta memantau pelan pembangunan ekonomi di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata majlis itu yang akan dipengerusikan beliau sendiri bakal ditubuhkan di Labuan sebagai instrumen pemantauan pembangunan ekonomi pulau tersebut.
"Kami telah membincangkan keperluan menubuhkan majlis ini pagi tadi termasuk di peringkat Labuan yang akan meletakkan agensi kerajaan persekutuan yang relevan di bawah satu bumbung (dalam majlis itu) bagi memantau semua projek pembangunan ekonomi kerajaan di sini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat lantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di Wisma Perbadanan Labuan pada Ahad.
Beliau berkata perlu terdapat pelan pembangunan baharu untuk Labuan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memenuhi keperluan semasa rakyat dan pulau itu.
"Labuan tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada sektor minyak dan gas serta kewangan antarabangsa, sebaliknya ia perlu merangkumi lebih banyak sektor yang menjana hasil yang lebih mampan... kita mahu Labuan menjadi dinamik dan mampan," katanya.
Annuar juga berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi 'mata dan telinga' kerajaan akan kekal di Labuan.
"Akan ada elaun tambahan kepada JKKK daripada Perbadanan Labuan selain elaun tetap daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#ekonomi
#kerajaan
#keselamatan
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#rakyat
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan