awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu - UNHCR
Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat AS tolak perang di Iran - Tinjauan

Bernama
Bernama
10/03/2026
13:08 MYT
Majoriti rakyat AS tolak perang di Iran - Tinjauan
Kebanyakan pengundi menjangka konflik itu akan berlarutan selama beberapa bulan atau lebih lama, dan bukannya berakhir dalam masa terdekat. - Reuters

Satu tinjauan nasional baharu di Amerika Syarikat (AS) mendapati lebih separuh rakyat AS menentang tindakan ketenteraan semasa terhadap Iran dengan 62 peratus berpendapat pentadbiran Presiden Donald Trump tidak memberikan penjelasan menyeluruh mengenai serangan itu, lapor Anadolu Ajansi.

Tinjauan nasional oleh Quinnipiac University mendapati 53 peratus responden menentang serangan yang sedang berlangsung manakala 40 peratus menyokongnya.
Pengundi daripada Parti Demokrat didapati sangat menentang tindakan ketenteraan itu (89 peratus), manakala penyokong Parti Republikan pula menyokongnya (85 peratus).
Menurut tinjauan itu, 74 peratus responden menentang penghantaran tentera darat Amerika ke Iran, sementara hanya 20 peratus menyokong cadangan itu.
Kebanyakan pengundi menjangka konflik itu akan berlarutan selama beberapa bulan atau lebih lama, dan bukannya berakhir dalam masa terdekat.
Dasar luar Trump menerima 40 peratus kadar kelulusan dan 57 peratus tidak bersetuju. Setiausaha Negara Marco Rubio memperoleh 40 peratus kelulusan dan 47 peratus tidak bersetuju terhadap prestasi beliau, manakala Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth menerima 37 peratus kelulusan dan 52 peratus tidak bersetuju.
Bagaimanapun, pengundi berbelah bahagi mengenai pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei pada hari pertama serangan bersama Israel-Amerika Syarikat ke atas Tehran dengan 48 peratus berpendapat tindakan itu wajar manakala 43 peratus tidak bersetuju.
Tinjauan itu dijalankan antara 6 hingga 8 Mac melibatkan 1,002 pengundi berdaftar yang dikenal pasti sendiri.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#tinjauan
#rakyat Amerika
#bantah
#tindakan ketenteraan
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan