awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makluman temu duga terbuka tersebar di media sosial palsu - PDRM

Bernama
Bernama
15/12/2016
23:12 MYT
Makluman temu duga terbuka tersebar di media sosial palsu - PDRM
Warganegara yang berminat untuk memohon jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di laman www.spa.gov.my. - Gambar fail
Makluman kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais temu duga terbuka bagi 2016/2017 di semua formasi polis seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial, adalah palsu.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp tetapi Unit Pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti itu.
"Sebarang pengumuman mengenai pengambilan bagi mana-mana jawatan PDRM hanya akan dilakukan melalui portal rasmi PDRM di www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi PDRM serta kenyataan media rasmi," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Asmawati berkata warganegara yang berminat untuk memohon jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di laman www.spa.gov.my. -- Bernama
Topic Berkaitan
#laman sosial
#PDRM
#polis
#temuduga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan