awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat media berperanan dalam usaha banteras rasuah - Azam

Bernama
Bernama
31/03/2022
03:58 MYT
Maklumat media berperanan dalam usaha banteras rasuah - Azam
Azam berkata media juga dikenali sebagai the fourth estate, selepas badan eksekutif, legislatif, dan badan kehakiman, yang memainkan peranan check and balance. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Maklumat disampaikan media memainkan peranan besar dalam usaha membanteras rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata maklumat dalam bentuk berita, rencana, artikel di media cetak, radio dan televisyen membantu dari segi pendidikan, pengajaran, amaran mahupun pembongkaran kes rasuah.
"Media juga menjadi perantara bagi pihak berkuasa dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan berguna.
"Aliran maklumat yang sahih dan membina adalah teras sebuah masyarakat dan negara berintegriti, maju dan berkembang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam SPRM bersama Kelab Media Johor di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengarah SPRM negeri Johor Datuk Azmi Alias dan Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak.
Azam berkata media juga dikenali sebagai the fourth estate, selepas badan eksekutif, legislatif, dan badan kehakiman, yang memainkan peranan check and balance (semak dan imbang) dengan memantau secara kritikal untuk mengimbangi kuasa dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Rasuah
#SPRM
#Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan