awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat statistik kes kemalangan secara harian disiar secara 'real time'

Bernama
Bernama
15/03/2024
12:15 MYT
Maklumat statistik kes kemalangan secara harian disiar secara 'real time'
Mohd Azman menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, sepertimana hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata statistik kemalangan jalan raya tentang kes kemalangan dan kematian seluruh Malaysia itu akan dikeluarkan secara masa nyata dengan mengambil data kemalangan yang berlaku pada hari sebelumnya.
"Penyiaran berbentuk info grafik akan dimuat naik menerusi laman sosial rasmi JSPT seperti Facebook, Instagram dan X bermula 15 Mac (hari ini) dan masa dikeluarkan pada sebelum atau pukul 2 petang.
"Penyiaran data statistik ini kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azman menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
"Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maklumat statistik kes kemalangan
#real time
#JSPT Bukit Aman
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan