awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines beri kit kebersihan percuma kepada penumpang

Bernama
Bernama
14/07/2020
09:29 MYT
Malaysia Airlines beri kit kebersihan percuma kepada penumpang
Malaysia Airlines Bhd komited untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan dan ketenangan ketika melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan itu. - BERNAMA
Malaysia Airlines Bhd memulakan fasa selanjutnya kempen 'Fly Confidently' di bawah Malaysia Aviation Group dengan memberikan kit kebersihan percuma kepada semua penumpang mulai semalam.
Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata penumpang akan menerima kit kebersihan yang dilengkapi pelitup muka bukan pembedahan, sepeket pensanitasi tangan dan sepeket tisu pensanitasi dalam bungkusan berzip bersaiz kecil.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan kumpulan, Lau Yin May berkata syarikat penerbangan itu komited untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan dan ketenangan ketika melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan itu.
"Bermula daripada saat mereka menempah tiket penerbangan, tiba di lapangan terbang dan melepasi Imigresen untuk menaiki pesawat, semua langkah itu telah diintegrasikan dengan lancar, dilengkapi langkah-langkah keselamatan dan kesihatan untuk melindungi pelanggan dan petugas," katanya.
Kempen 'Fly Confidently' Malaysia Aviation Group berhasrat menjadikan penerbangan yang lebih selamat dan meningkatkan kesedaran pelanggan, selain mengutamakan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan garis panduan perubatan dan alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#kesihatan
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan