awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines beri pelajar diskaun tambang sehingga 35 peratus pada musim perayaan

Bernama
Bernama
25/04/2022
09:28 MYT
Malaysia Airlines  beri pelajar diskaun tambang sehingga 35 peratus pada musim perayaan
Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 35 peratus kepada pelajar yang layak untuk pulang ke kampung bersempena sambutan Hari Raya melalui program perjalanan MHexplorer. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 35 peratus kepada pelajar yang layak untuk pulang ke kampung bersempena sambutan Hari Raya melalui program perjalanan MHexplorer.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, promosi tersebut sah bagi perjalanan sehingga 30 Jun, 2022.
"Untuk menikmati tawaran masa terhad ini, pelajar perlu mendaftar sebagai ahli MHexplorer dan menikmati tambahan diskaun lima peratus secara serta-merta daripada diskaun sedia ada (sehingga 30 peratus) bagi tambang penerbangan untuk perjalanan sehingga 30 Jun," katanya.
Menurut kenyataan itu, melalui MHexplorer, pelajar berusia antara 18 dan 26 tahun akan menikmati pelbagai manfaat perjalanan bagi tempoh sepanjang tahun.
Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg), satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma dan diskaun 20 peratus bagi kargo udara Firefly serta diskaun "keluarga dan rakan-rakan."
Sementara itu, cabang operasi pelancongan syarikat penerbangan itu, MHholidays turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan dan pakej hotel, bermula daripada RM359 bagi penginapan selama tiga hari dua malam untuk destinasi domestik yang boleh ditempah mulai esok.
Tawaran itu sah sehingga 10 Mei, 2022.
"Pelanggan MHholidays antaranya boleh menikmati nilai hebat seperti elaun bagasi sebanyak 35 kg, makanan percuma dalam pesawat dan pilihan tempat duduk percuma," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#diskaun tambang
#MHexplorer
#hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan