awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines lanjutkan penggantungan perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac

Bernama
Bernama
12/03/2026
09:19 MYT
Malaysia Airlines lanjutkan penggantungan perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac
Sebelum ini, perkhidmatan bagi laluan Doha digantung bermula 28 Feb 2026 berikutan penutupan ruang udara susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran. - Gambar fail
Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara perkhidmatan bagi laluan Doha sehingga 20 Mac 2026 susulan perkembangan berterusan melibatkan persekitaran keselamatan di negara terbabit.
Sebelum ini, perkhidmatan bagi laluan Doha digantung bermula 28 Feb 2026 berikutan penutupan ruang udara yang menjejaskan negara itu akibat konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.
Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan syarikat penerbangan itu terus memantau rapat situasi tersebut melalui penilaian risiko berterusan serta Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang berkaitan sebelum menyambung kembali operasi.
“Syarikat penerbangan itu juga meningkatkan kapasiti pesawat berbadan lebar antara Asia dan Eropah untuk menyokong perjalanan seterusnya serta menyatukan semula ahli keluarga, dengan penerbangan beroperasi melalui laluan alternatif yang dirancang dengan teliti bagi mengelakkan kawasan yang terjejas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, semua perkhidmatan lain oleh syarikat penerbangan negara tersebut, termasuk laluan Jeddah, Madinah, London dan Paris, terus beroperasi seperti yang dijadualkan.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan tertinggi kami,” tambah MAG.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#penerbangan
#Malaysia Airlines
#Doha
#penggantungan
#MAG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan