awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
30/03/2020
09:51 MYT
Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia
Penerbangan yang disambung semula itu melibatkan laluan Kuala Lumpur ke dan dari Auckland, Melbourne, Sydney, Perth, Jakarta dan Guangzhou. - Gambar fail
Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyambung semula beberapa penerbangan antarabangsa antara April dan Mei 2020, untuk membawa pulang ahli keluarga yang tidak dapat kembali kepada yang tersayang berikutan sekatan perjalanan di kebanyakan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata ramai pelanggan daripada rakyat Malaysia hingga warga asing telah menghubungi pejabat global syarikat penerbangan, meminta penerbangan yang ada kebanyakannya antara Kuala Lumpur ke Australia dan New Zealand, serta ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke London.
"Sebagai syarikat penerbangan rangkaian, Malaysia Airlines dapat mengekalkan jaringan dan membawa pelanggan kami terus atau paling hampir dengan destinasi yang mereka mahukan.
"Sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan akses kepada Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa dalam tempoh sukar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penerbangan yang disambung semula itu melibatkan laluan Kuala Lumpur ke dan dari Auckland, Melbourne, Sydney, Perth, Jakarta dan Guangzhou.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#antarabangsa
#Auckland
#Australia
#domestik
#Guangzhou
#Jakarta
#London
#Malaysia Airlines
#Melbourne
#New Zealand
#Perth
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan