awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akhiri tugas Pengerusi ASEAN

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2025
02:00 MYT
Malaysia akhiri tugas Pengerusi ASEAN
Ahmad Faisal berkata, penyertaan Timor-Leste sebagai anggota baharu menjadikan ASEAN kini sebuah komuniti serantau yang lengkap dan lebih kukuh. - Gambar Bernama
NEW YORK: Malaysia menutup peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan menegaskan komitmen terhadap integrasi serantau, kerjasama antarabangsa dan agenda pembangunan mampan.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ahmad Faisal Muhamad berkata, penyertaan Timor-Leste sebagai anggota baharu menjadikan ASEAN kini sebuah komuniti serantau yang lengkap dan lebih kukuh.
Sepanjang kepengerusian Malaysia, ASEAN telah melancarkan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 serta memuktamadkan Pelan Tindakan ASEAN-PBB 2026–2030, yang akan memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan Agenda 2030 dan Pact for the Future.
Mengenai isu Myanmar, Malaysia menegaskan, sokongan terhadap Konsensus Lima Poin dan usaha bersama ASEAN-PBB untuk memperluas bantuan kemanusiaan serta menggalakkan dialog inklusif.
Dalam ucapannya sempena majlis resepsi penutup kepengerusian ASEAN di sini, pada Khamis, Ahmad Faisal turut merakamkan penghargaan Malaysia ke atas sokongan negara anggota PBB terhadap pemilihan negara ke Majlis ICAO dan Lembaga Eksekutif UNESCO, selain berharap sokongan berterusan bagi pencalonan ke Majlis IMO dan ECOSOC.
Malaysia juga menyatakan sokongan penuh kepada Filipina yang akan mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN seterusnya.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ASEAN
#Pengerusi ASEAN
#Ahmad Faisal Muhamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan