awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ambil serius kes penderaan pekerja asing

Bernama
Bernama
04/09/2022
10:42 MYT
Malaysia ambil serius kes penderaan pekerja asing
Pendirian dan jaminan kerajaan Malaysia itu juga disampaikan Saifuddin kepada rakan sejawat beliau, Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Malaysia mengambil serius dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melakukan salah laku terutamanya penderaan atau penganiayaan terhadap pekerja asing termasuk pekhidmat domestik Indonesia (PDI), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Luar telah menyampaikan pendirian kerajaan Malaysia itu kepada Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Hermono.
Pendirian dan jaminan kerajaan Malaysia itu juga disampaikan Saifuddin kepada rakan sejawat beliau, Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi.
"Buat masa ini, Kementerian Luar sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur bagi menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mangsa penderaan itu, serta bagi mendapatkan status terkini siasatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kes penderaan yang melibatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang didakwa dilakukan oleh majikannya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Katanya Malaysia turut bersedih dan bersimpati terhadap mangsa kes itu.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan dimaklumkan bahawa polis akan memberi keutamaan terhadap kes tersebut.
Pada Jumaat lepas, media melaporkan seorang pembantu rumah warga Indoensia didera oleh majikannya, termasuk didakwa tidak dibayar gaji sejak mula bekerja pada 2019. Difahamkan mangsa kini berada di Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kes penderaan pekerja asing
#Kementerian Luar
#Saifuddin Abdullah
#Wisma Putra
#menteri luar Indonesia
#Retno LP Marsudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan