awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar nafi dakwaan Malaysia jual minyak kepada Australia
Surcaj feri penumpang, RORO berkuat kuasa 20 April, kadar ikut julat harga minyak
Kecuaian PPPK calar keupayaan PM, Kerajaan MADANI depani krisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Australia tegas pertahan kebebasan pelayaran di laluan strategik

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
08:12 MYT
Malaysia, Australia tegas pertahan kebebasan pelayaran di laluan strategik
Anwar (kanan) berkata pendekatan Malaysia adalah menyeluruh dengan keutamaan kepada keamanan, sambil menegaskan Selat Hormuz juga perlu kekal terbuka kepada komuniti antarabangsa demi kestabilan global. - Foto/BERNAMA
Malaysia kekal konsisten menyokong kebebasan pelayaran di laluan strategik seperti Selat Melaka dan Selat Hormuz, di samping menekankan keperluan jaminan keselamatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan Malaysia adalah menyeluruh dengan keutamaan kepada keamanan, sambil menegaskan Selat Hormuz juga perlu kekal terbuka kepada komuniti antarabangsa demi kestabilan global.
"Namun, terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan. Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa apabila sesebuah negara diserang tanpa jaminan keselamatan, kebimbangan itu perlu ditangani.
"Sebab itu, walaupun kita menyokong kebebasan pelayaran, kita juga mahukan jaminan keselamatan yang jelas daripada semua negara, termasuk kuasa besar, bagi menamatkan permusuhan, serangan dan sekatan terhadap negara lain," kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese sempena lawatan kerja tiga hari ke Malaysia, pada Khamis.
Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia terus mengimbangi hubungan dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Iran, selaras dengan keutamaan untuk melindungi kepentingan rakyat.
Menurut beliau, hubungan baik dengan Iran turut membolehkan Malaysia memainkan peranan dalam menyampaikan pandangan negara-negara Teluk dan dunia Arab ke arah penyelesaian konflik secara aman.
Sementara itu, rakan sejawatnya, Albanese menegaskan pendirian Australia mengenai kebebasan pelayaran adalah berasaskan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) dan terpakai di seluruh dunia.
"Kami menjangkakan kebebasan pelayaran terus dihormati kerana ia menjadi asas kepada perdagangan antarabangsa, dan prinsip ini amat penting serta akan terus kami pertahankan," ujar beliau.
Sebelum ini media melaporkan Donald Trump menyatakan bahawa AS akan menyekat Selat Hormuz selepas rundingan yang diadakan di Pakistan untuk menamatkan perang dengan Iran, menemui jalan buntu.
Sehingga Selasa, kira-kira 2,000 kapal terkandas di bahagian Teluk dan kira-kira 400 kapal sedang menunggu untuk memasuki Teluk melalui Selat Hormuz.
Data daripada MarineTraffic menunjukkan kapal yang dikenakan sekatan oleh AS turut melalui selat itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Selat Hormuz
#pelayaran
#Anthony Albanese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan