awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berdepan isu kemampanan yang serius - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
15/06/2023
11:19 MYT
Malaysia berdepan isu kemampanan yang serius - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata mengatasi perubahan iklim bukan hanya memerlukan individu, tetapi juga kerajaan dan sektor korporat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan isu kemampanan yang lebih serius seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti yang mencapai tahap membimbangkan, menimbulkan cabaran yang berat kepada keseimbangan ekosistem Malaysia.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebagai contoh baru-baru ini, Malaysia mengalami gelombang haba sejak beberapa bulan lepas yang menimbulkan kebimbangan tentang kecukupan bekalan elektrik dan air.
"Menangani perubahan iklim bukanlah tanggungjawab yang terhad kepada generasi masa kini sahaja, tetapi juga generasi masa depan," katanya pada Persidangan Hijau Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) 2023 di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata mengatasi perubahan iklim bukan hanya memerlukan individu, tetapi juga kerajaan dan sektor korporat di Malaysia dengan mengubah pendekatan mereka terhadap kepampanan, kaedah melakukan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan.
Beliau berkata terdapat beberapa cara kerajaan menangani perubahan iklim termasuk mewujudkan dasar perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan yang akan dilaksanakan menerusi sistem pertukaran elektrik dan Perjanjian Paris untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#kehilangan biodiversiti
#keseimbangan ekosistem
#tahap membimbangkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan