awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia beri sambutan permaidani merah kepada PM Pakistan

Bernama
Bernama
20/11/2018
20:22 MYT
Malaysia beri sambutan permaidani merah kepada PM Pakistan
Ketibaan beliau di Kompleks Bunga Raya, KLIA, itu disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, selaku Menteri Pengiring. - Foto Bernama
Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang tiba di sini, untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini.
Pesawat khas membawa perdana menteri Pakistan itu dari Karachi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11.35 malam.
Ketibaan beliau di Kompleks Bunga Raya, KLIA, itu disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, selaku Menteri Pengiring.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Muhammed Nafees Zakaria.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata lawatan itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ia lawatan rasmi sulung Imran Khan ke negara ini sejak dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos lepas.
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini. - Foto Bernama
Kenyataan itu berkata Imran Khan akan mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir bagi mengkaji semula hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama pada masa hadapan.
Wisma Putra berkata lawatan tersebut mencerminkan kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan.
Menurut kenyataan itu, Imran Khan akan diberikan sambutan rasmi sebelum menghadiri mesyuarat dengan Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, diikuti dengan mesyuarat delegasi.
Selepas mesyuarat dua hala itu, Dr Mahathir dan Imran Khan akan menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Bersama Penghapusan Visa (Separa) antara kerajaan Malaysia dan Pakistan di Pejabat Perdana Menteri.
Wisma Putra berkata Imran Khan dijadual menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri Pakistan itu juga dijadual mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Pada 2017, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, peningkatan 3.5 peratus berbanding pada 2016.
Pakistan adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Selatan
#Dr Md Farid Md Rafik
#Imran Khan
#lawatan kerja
#Pakistan
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan