awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bincang cabaran diplomasi pertahanan dengan Singapura - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
20/07/2024
21:20 MYT
Malaysia bincang cabaran diplomasi pertahanan dengan Singapura - Mohamed Khaled
Dalam pertemuan antara Mohd Khaled dan Zaqy semalam, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Program Khidmat Negara dan kepentingan pasukan simpanan ketenteraan dalam menyokong pertahanan negara. - Facebook Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia dan Pertahanan Singapura Zaqy Mohamad.
Mohamed Khaled dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan, dalam pertemuan itu pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya mengenai kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
"Turut dibincangkan adalah cabaran diplomasi pertahanan khususnya dengan kuasa-kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat serta pengaruh teknologi terhadap strategi ketenteraan masa hadapan.
"Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Program Khidmat Negara dan kepentingan pasukan simpanan ketenteraan dalam menyokong pertahanan negara, serta pengaruh teknologi terhadap strategi ketenteraan masa hadapan," katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya pada Sabtu.
Dalam pertemuan berkenaan Malaysia turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan aspirasi negara dalam menjayakan kepengerusian ASEAN 2025.
Beliau turut berharap agar hubungan baik antara Malaysia dan Singapura dapat terus diperkukuh, termasuk dalam sektor pertahanan.
Zaqy berada di Malaysia bagi mengiringi Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong, yang kini sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#Zaqy Mohamad
#Singapura
#pertahanan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan