awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar IPG lemas ke Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat pelaburan RM426.7 bilion pada 2025, tertinggi dalam sejarah - PM Anwar

Astro AWANI
Astro AWANI
06/03/2026
02:16 MYT
Malaysia catat pelaburan RM426.7 bilion pada 2025, tertinggi dalam sejarah - PM Anwar
Anwar berkata, sebanyak 8,390 projek telah diluluskan, dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia sementara pelaburan domestik kekal kukuh pada RM219.6 bilion. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia mencatat rekod pelaburan diluluskan mencecah RM426.7 bilion pada tahun 2025, tertinggi dalam sejarah negara.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"8,390 projek telah diluluskan, dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.
"Pelaburan domestik kekal kukuh pada RM219.6 bilion, merangkumi 51.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.
"Pada masa sama, pelaburan asing melonjak 20.9 peratus kepada RM207.1 bilion, mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan, dasar yang jelas serta hala tuju ekonomi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkata, pencapaian itu adalah hasil ikhtiar bersepadu seluruh jentera Kerajaan MADANI, dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia terus mempergiat usaha memastikan setiap pelaburan bukan sekadar diluluskan, tetapi direalisasikan dan diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta kemakmuran rakyat.
"Ini bukan sekadar angka, sebaliknya bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia dan agenda pembaharuan yang sedang kita laksanakan.
"Kita akan terus bekerja keras memastikan seluruh rakyat merasai nikmatnya," katanya.
Topic Berkaitan
#pelaburan
#ekonomi
#Anwar Ibrahim
#pelaburan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan