awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi tertinggi di Asia pada suku kedua - Najib

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2014
11:46 MYT
Malaysia catat pertumbuhan ekonomi tertinggi di Asia pada suku kedua - Najib
NAJIB: Jika pencapaian ini diteruskan, impian Malaysia untuk beroleh status negara maju menjelang 2020 pasti tercapai.
Meskipun dilanda pelbagai dugaan serta cabaran, Malaysia tetap mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi di Asia pada suku kedua tahun ini.
Pencapaian yang luar biasa itu menjadi bukti bahawa pelabur tetap menghormati dan meyakini Malaysia, sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yakin jika pencapaian ini diteruskan, impian Malaysia untuk beroleh status negara maju menjelang 2020 pasti tercapai.
"Bila kita sebut negara maju, maknanya apa? Bangsa yang maju, bangsa yang berjaya. Bukan bangsa yang terhina. Bukan bangsa yang orang lain pandang rendah. Hanya bangsa yang berjaya sahaja akan dihormati oleh dunia. Yang ini kita hendak," kata Najib.
Najib yang juga Presiden UMNO berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Pekan, pada Ahad.
Katanya, walaupun negara berjaya mencatat kadar pertumbuhan ekonomi 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini, masih ada yang tidak faham kesannya kepada mereka.
Justeru, beliau meminta pemimpin di peringkat akar umbi untuk turun padang bagi menerangkan manfaat pertumbuhan ekonomi kepada masyarakat.
Topic Berkaitan
#najib
#pelabur
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan