awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia cemerlang terajui ASEAN di saat mencabar - Setiausaha Agung ASEAN

Bernama
Bernama
25/09/2025
14:08 MYT
Malaysia cemerlang terajui ASEAN di saat mencabar - Setiausaha Agung ASEAN
Kao Kim Hourn menyifatkan peranan Malaysia sebagai 'cukup luar biasa' dengan kemampuan memberi hala tuju strategik serta berani, khususnya dalam sektor ekonomi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun ini dipuji kerana berjaya mengemudi blok serantau itu berdepan suasana global yang mencabar, kata Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.
Beliau menyifatkan peranan Malaysia sebagai 'cukup luar biasa' dengan kemampuan memberi hala tuju strategik serta berani, khususnya dalam sektor ekonomi.
"Tahun ini merupakan tempoh yang amat mencabar, bukan sahaja bagi rantau kita tetapi juga seluruh dunia.
"Namun keupayaan Malaysia untuk memimpin ASEAN ketika detik kritikal ini adalah satu pencapaian yang luar biasa terutama menerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang begitu strategik serta berani mengemudi sektor ekonomi tahun ini," katanya kepada Bernama selepas Konsultasi Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Kesatuan Eropah (AEM-EU) Ke-21 di sini hari ini.
Konsultasi itu diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Menurut Kao, banyak kemajuan dicapai dalam melaksanakan keutamaan ekonomi serta agenda tahunan, sekali gus membuktikan mesyuarat berkenaan cukup produktif.
Katanya meskipun agenda yang dibincangkan padat, Malaysia tetap memastikan inisiatif utama terus bergerak ke hadapan.
"Selain itu, Pengerusi AEM Tengku Zafrul turut berjaya mempengerusikan beberapa mesyuarat khas, termasuk Mesyuarat Khas AEM bagi menyelaras pendirian blok itu dalam landskap ekonomi global yang sentiasa berubah," katanya.
Semalam, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer turut menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini serta memuji kepimpinan dan layanan mesra Malaysia dalam menganjurkan siri mesyuarat negara anggota setakat ini.
"Kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Malaysia telah menunjukkan kepimpinan cemerlang sebagai pengerusi ASEAN," katanya.
Untuk rekod, ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Mesyuarat AEM ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di bawah pengerusian Malaysia tahun 2025 menarik penyertaan lebih 500 delegasi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama.
Dengan tema 'Inklusiviti dan Kelestarian', perhimpunan selama seminggu itu merangkumi 20 mesyuarat dan program sampingan bermula 22 hingga 26 Sept di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ASEAN
#Kao Kim Hourn
#ekonomi
#hala tuju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan