awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia cipta sejarah, Resolusi Kesihatan Paru-paru diterima pakai WHO - Dzulkefly

Bernama
Bernama
24/05/2025
05:00 MYT
Malaysia cipta sejarah, Resolusi Kesihatan Paru-paru diterima pakai WHO - Dzulkefly
Dzulkefly mewakili Malaysia ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland. - Gambar Facebook Kementerian Kesihatan
KUALA LUMPUR: Resolusi Kesihatan Paru-paru yang dipacu negara telah diterima pakai secara rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penerimaan resolusi itu merupakan pencapaian bersejarah dan kejayaan besar buat Malaysia dalam kepimpinan kesihatan global.
"Alhamdulillah, misi rasmi ke Geneva sempena WHA78 telah selesai dengan penuh jayanya. Malam tadi saya telah kembali ke tanah air dengan semangat lebih menyala dan tekad yang lebih jitu," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dzulkefly berkata, sepanjang berada di Geneva, beliau mewakili Malaysia menjadi tuan rumah ketika sesi sampingan WHA78 bagi memajukan kesihatan mulut dalam Liputan Kesihatan Sejagat (UHC).
Beliau berkata pelbagai pertemuan strategik telah diadakan bersama organisasi kesihatan antarabangsa seperti WHO, Gavi (the Vaccine Alliance), Rare Disease International (RDI), Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) dan Medicines Patent Pool (MPP).
Dzulkefly yang mengetuai delegasi Malaysia ke WHA78 di Geneva dari 18 hingga 22 Mei berkata, pertemuan dua hala turut diadakan bersama rakan sejawatan atau wakil kesihatan dari Bangladesh, Mesir, Iran, Palestin, Brunei dan Norway bagi memperkukuh kerjasama kesihatan antara negara.
Menurut beliau, Malaysia juga menyuarakan iltizam terhadap kesaksamaan vaksin, kesiapsiagaan pandemik dan agenda One Health di peringkat serantau.
"Setiap langkah dan pertukaran di Geneva membawa satu mesej jelas - Malaysia bukan hanya mengikut arus kesihatan global, malah turut menerajui, memacu dan membentuk hala tuju bersama.
"Terima kasih kepada semua rakan kongsi strategik, petugas delegasi dan warga Kementerian Kesihatan yang bertungkus-lumus menjayakan misi ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#resolusi kesihatan paru-paru
#Perhimpunan Kesihatan Sedunia
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan