awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS

Bernama
Bernama
19/02/2025
13:31 MYT
Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS
Perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berusaha untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.
"Kita cuba mengimbangkan supaya tak condong kepada mana-mana kerana kita sudah ada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China ... jadi, ASEAN akan terus memacu hala tuju sebagai ASEAN yang bersepadu dan terus berkecuali serta tidak memihak mana-mana.
"Pada (sidang kemuncak khas) itu nanti kita nyatakan wish list kita dan kita dengar wish list mereka (AS) kerana berurusan dengan orang seperti ini (Presiden AS Donald Trump), beliau nak dengar apa kita ada," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad berkata Malaysia bukan sahaja harus berhati-hati mengurus dasar luar dan hubungan dua hala, tetapi juga perlu berwaspada dalam menguruskan hubungan perdagangan agar ekonomi negara tidak terjejas.
Justeru, beliau berkata Malaysia tidak boleh menidakkan hubungan baik dengan AS selama ini yang merupakan pelabur terbesar di negara ini secara kumulatif.
"Perkara ini sedang dilakukan Kementerian Luar untuk uruskan secara teratur kerana jumlah dagangan Malaysia-AS adalah sebanyak RM324 bilion untuk 2024 dan ia merupakan jumlah dagangan amat besar.
"Dari segi siapa dapat keuntungan daripada RM324 bilion itu, Malaysia eksport RM198 bilion kepada AS dan kita import RM126 bilion, jadi lebihan dagangan RM70 bilion berpihak kepada kita," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata teras dasar luar negara ialah berprinsip dengan Malaysia tidak akan menyokong, sebaliknya mengutuk negara yang mengamalkan dasar aparteid, dasar yang melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#sidang kemuncak
#Amerika Syarikat
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan