awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di landasan baik capai sasaran kurangkan intensiti pelepasan karbon

Bernama
Bernama
02/03/2017
15:05 MYT
Malaysia di landasan baik capai sasaran kurangkan intensiti pelepasan karbon
WAN JUNAIDI: Malaysia berada di landasan yang baik ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon dioksida daripada KDNK. - Gambar fail
Malaysia berada di landasan yang betul ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon dioksida daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus pada tahun 2030, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata ketidakpuasan hati terhadap usaha kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim, seperti yang dinyatakan dalam tinjauan Merdeka Center sebelum ini, timbul berikutan salah faham dari sudut tindakan kerajaan.
Menurutnya kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif antaranya melalui Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang memberi fokus kepada enam sektor utama iaitu tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, pengurusan sisa dan pengurusan air.
"Malaysia menyumbang emisi yang amat minimum jika dibandingkan negara lain seperti Amerika Syarikat dan China.
Jadi itulah sebab Malaysia dianggap sebagai antara sebuah negara yang berjaya," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengeruskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Dari segi penjagaan hutan, Wan Junaidi berkata ketika ini Malaysia berjaya mengekalkan 54.5 peratus kawasan hutan, melebihi sasaran 50 peratus yang ditetapkan.
"Walaupun ada yang mengatakan angka itu tidak benar, tetapi mereka membuat penilaian berdasarkan pandangan mata kasar sementara kita menggunakan teknologi seperti remote sensing dan kita mengetahui secara nyata," katanya.
Dalam aspek pemuliharaan kawasan marin, katanya kementerian juga yakin Malaysia dapat mencapai sasaran mewartakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kawasan marin sebagai taman laut menjelang tahun 2020.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan hasil kaji selidik Merdeka Center yang mendakwa 81 peratus rakyat Malaysia melahirkan rasa bimbang mengenai perubahan iklim apabila 2016 direkodkan sebagai tahun paling panas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#GTMP
#KDNK
#Merdeka Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan