awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di tangga kelapan di Asia dalam Laporan Indeks Inovasi Global 2017

Bernama
Bernama
15/06/2017
11:54 MYT
Malaysia di tangga kelapan di Asia dalam Laporan Indeks Inovasi Global 2017
Tahun lepas, Malaysia berada di tempat ke-35 dalam laporan GII, yang mengukur prestasi inovasi 127 ekonomi dunia.
Malaysia menduduki tangga kelapan di Asia dan tempat ke-37 dalam laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2017 yang dikeluarkan oleh Cornell University, INSEAD, dan Organisasi Harta Intelektual Dunia, hari ini.
Laporan itu juga berkata Malaysia merupakan antara 10 ekonomi utama di Asia, selepas Singapura, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, New Zealand dan Australia, dan negara ini juga antara ekonomi pendapatan pertengahan yang paling hampir menduduki 25 tempat teratas tahun ini.
Tahun lepas, Malaysia berada di tempat ke-35 dalam laporan GII, yang mengukur prestasi inovasi 127 ekonomi dunia.
Kemasukan Persekutuan Rusia dan Argentina dalam kumpulan berpendapatan sederhana menyebabkan kedudukan Mexico, Malaysia, Turki dan Thailand merosot -- ekonomi yang berada dalam kumpulan 10 teratas berpendapatan sederhana sejak metrik kualiti inovasi diperkenalkan.
Laporan itu menyebut Malaysia juga menjayakan pembangunan kelompok teknologi maklumat dan komunikasi terbaik dan mengekalkan petunjuk pengukuhan dalam import dan eksport berteknologi tinggi dan eksport barangan kreatif.
Ia disumbangkan oleh penyelidikan dan pembangunan serta tahap pembangunan paten dalam kalangan penduduk dalam ekonomi pesat membangun.
Bagaimanapun katanya penyelidikan dan pembangunan serta tahap kesedaran paten dalam kalangan penduduk di Asia seperti Malaysia, Filipina dan Vienam. masih rendah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cornell University
#harta intelek
#Indeks Inovasi Global
#NSEAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan