awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan bagi penggal 2026-2030

Bernama
Bernama
05/04/2025
15:45 MYT
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan bagi penggal 2026-2030
Malaysia berjaya dipilih menganggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York pada 4 April.
PUTRAJAYA: Malaysia berjaya dipilih menganggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York pada 4 April, menurut kenyataan Kementerian Luar.
Menurut kenyataan itu, penggal keanggotaan empat tahun Malaysia akan bermula pada Sesi ke-60 CPD pada 2026 dan berakhir pada Sesi ke-63 CPD pada 2030.
"Pemilihan Malaysia ke dalam CPD mencerminkan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap peranan aktif negara dalam mempercepatkan tindakan ke arah pelaksanaan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan, selain komitmen berterusan untuk memajukan dasar-dasar penduduk yang lestari demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya selaras dengan prinsip keterangkuman, kesaksamaan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.
Selaras dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 , Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua rakan antarabangsa dalam menangani isu-isu berkaitan penduduk melalui perkongsian pengalaman dan usaha pembangunan kapasiti.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memainkan peranan penting dalam menyokong penglibatan Malaysia di CPD, terutamanya dalam memperkasa dasar berkaitan kesaksamaan gender, perancangan keluarga dan pembangunan sosial, menurut kenyataan itu.
CPD merupakan sebuah badan subsidiari kepada ECOSOC yang dianggotai 47 negara ahli yang dipilih oleh ECOSOC untuk tempoh empat tahun berdasarkan pengagihan geografi. CPD dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan khusus dan memberi nasihat kepada ECOSOC berkaitan isu-isu penduduk dan pembangunan, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#CPD
#Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan
#ECOSOC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan