awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ditawar jadi Negara Tema di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
27/12/2013
09:02 MYT
Malaysia ditawar jadi Negara Tema di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014
Malaysia ditawarkan untuk menjadi Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2014.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Facebooknya hari ini.
fb najib
fb najib
Najib berkata tawaran itu sekaligus memberi pengiktirafan kepada negara dalam mencapai kedudukan pusat urus niaga buku terbesar di Asia.
"Dengan pengiktirafan ini, saya yakin kita akan dapat melonjakkan karya-karya tempatan di persada antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Tawaran tersebut diberikan oleh penganjur Pesta Buku Antarabangsa Tokyo menerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron ketika dihubungi menjelaskan tawaran dari pihak pengajur itu merupakan satu penghargaan kepada negara.
Mohd Khair berkata tawaran tersebut merupakan peluang untuk mempromosikan buku-buku terbitan penerbit tempatan ke peringkat antarabangsa, disamping mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Katanya, ITBM akan menjalankan tanggungjawabnya untuk membawa penerbit-penerbit tempatan yang lain menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo yang dijadualkan berlangsung di pusat pameran Tokyo Big Sight.
"Kita (ITBM) sudah menghantar surat jemputan kepada penerbit-penerbit tempatan untuk bersama menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo," katanya kepada Astro AWANI.
ITBM telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo sejak tiga tahun lepas dan giat mempromosikan karya-karya sasterawan negara dan penulis tempatan di Jepun.
Selain itu, ITBM juga menggunakan peluang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo untuk mencari peluang bekerjasama dengan penerbit-penerbit Jepun dan institusi pengajian tinggi di Jepun untuk menterjemah dan menerbitkan karya sasterawan negara ke bahasa Jepun.
Tahun ini, Korea Selatan dipilih sebagai Negara Tamu bagi Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2013 yang berlangsung pada 3 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Pesta Buku Antarabangsa Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan