awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa kewaspadaan, tangguh perjalanan tidak penting ke Asia Barat

Bernama
Bernama
07/04/2026
12:42 MYT
Malaysia gesa kewaspadaan, tangguh perjalanan tidak penting ke Asia Barat
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air digesa untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial dengan kadar segera sementara pilihan ini masih tersedia. - Gambar hiasan/Reuters

Malaysia menggesa rakyatnya mengekalkan tahap kewaspadaan dan menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang dilanda konflik di Asia Barat ketika Kementerian Luar memantau rapi situasi keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.

Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air juga digesa untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial dengan kadar segera sementara pilihan ini masih tersedia, memandangkan penutupan ruang udara yang tidak dapat diramalkan.

Memandangkan konflik masih berterusan dan landskap keselamatan terus merosot, didorong oleh retorik yang semakin meningkat serta risiko serangan balas yang semakin hampir, kementerian itu menyatakan fokusnya kekal terhadap keselamatan, perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan melalui kawasan terjejas.

"Pada masa ini, kementerian mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia berdaftar yang dihubungi kekal selamat, dan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkandas," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar menyatakan bahawa Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 5 Mac, yang menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke negara yang terkesan dengan konflik, kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Ia menyatakan bahawa perwakilan diplomatik Malaysia turut melaporkan bahawa ruang udara di beberapa negara, termasuk Bahrain, Iran, Iraq, Kuwait dan Yaman, kekal ditutup kepada penerbangan komersial.

Bagaimanapun, operasi penerbangan komersial yang terhad telah disambung semula di Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lubnan, Qatar, dan Syria. Ruang udara di Arab Saudi, Oman, dan Turkiye kekal dibuka dan beroperasi sepenuhnya, tambahnya.

"Rakyat Malaysia yang memilih untuk kekal di rantau tersebut mesti mengekalkan tahap kewaspadaan tertinggi.

"Situasi keselamatan adalah sangat tidak menentu dan boleh meruncing pada bila-bila masa dengan amaran yang singkat atau tanpa sebarang amaran. Warganegara Malaysia yang memilih untuk terus berada di rantau berkenaan wajar patuhi sepenuhnya arahan keselamatan serta sekatan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tuan rumah," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata ia akan terus memantau situasi itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini mengikut keperluan.

Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Bahagian Konsular Kementerian Luar di talian +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264 (waktu pejabat) atau melalui e-mel di [email protected].

Bagi kecemasan di luar waktu pejabat, mereka boleh menghubungi talian panas di +603-8887 4570 atau e-mel [email protected].

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Asia Barat
#tanah air
#penerbangan
#konflik
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan