awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hargai sumbangan Mesir ke arah de-esklasi di Asia Barat - PM Anwar

Bernama
Bernama
26/03/2026
16:16 MYT
Malaysia hargai sumbangan Mesir ke arah de-esklasi di Asia Barat - PM Anwar
Penghargaan Malaysia dizahirkan Perdana Menteri Anwar dalam perbualan telefon bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada Khamis, yang turut menyaksikan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik. - Gambar F
Malaysia menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak yang bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog serta penghentian segera keganasan di Asia Barat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penghargaan itu dizahirkan dalam perbualan telefon bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada Khamis, yang turut menyaksikan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Anwar memaklumkan, beliau turut menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap konflik semasa di Asia Barat, selain berkesempatan menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada El-Sisi.
“Menyentuh isu Palestin, Malaysia menyokong usaha Mesir dalam membantu Gaza serta menegaskan bahawa sebarang inisiatif keamanan mesti berteraskan gencatan senjata dan akses kemanusiaan," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri memohon sokongan Mesir terhadap misi bantuan kemanusiaan 2026 melalui sempadan Rafah yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas.
Tindakan itu menyaksikan Tehran membalas dengan melancarkan serangan dron serta peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara jiran yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat, sekali gus menjejaskan kestabilan pasaran global dan sektor penerbangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Anwar Ibrahim
#Mesir
# Abdel Fattah El-Sisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan