awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam serangan berterusan Israel terhadap Lubnan

Bernama
Bernama
09/04/2026
02:00 MYT
Malaysia kecam serangan berterusan Israel terhadap Lubnan
Malaysia menggesa komuniti antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan. - Facebook Wisma Putra
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap Lubnan, yang boleh membahayakan keamanan dan keselamatan global, menurut Kementerian Luar Negeri pada Khamis.
Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra, dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan pencerobohan yang berulang itu merupakan pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan, serta pelanggaran terus undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
“Peningkatan konflik ini juga menggugat secara serius perjanjian gencatan senjata selama dua minggu yang dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran, serta mengancam untuk mengheret rantau tersebut ke dalam konflik yang lebih luas,” menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, ia turut akan menjejaskan usaha diplomatik semasa, serta berisiko mengakibatkan ketidakstabilan menyeluruh di Asia Barat, dengan implikasi buruk terhadap keamanan dan keselamatan global.
Malaysia menggesa komuniti antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan, menurut kenyataan itu.
Kementerian berkata, tindakan Israel mesti dihentikan segera bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa yang tidak berdosa dan bagi melindungi kedaulatan Lubnan.
Wisma Putra juga menegaskan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan dan rakyat Lubnan, serta kekal teguh dengan pendiriannya bahawa keamanan hanya boleh dicapai melalui penghentian semua serangan dan persengketaan selain komitmen jitu terhadap penyelesaian diplomatik yang aman, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#UNSC
#serangan ketenteraan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan