awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecewa junta tidak iktiraf Utusan Khas ke Myanmar - Saifuddin

Bernama
Bernama
07/05/2022
10:35 MYT
Malaysia kecewa junta tidak iktiraf Utusan Khas ke Myanmar - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata disebabkan itu Noeleen tidak diundang ke mesyuarat perundingan ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan kepada Myanmar di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSG) di Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata disebabkan itu Noeleen tidak diundang ke mesyuarat perundingan ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan kepada Myanmar di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.
Malaysia bimbang dengan langkah terbaru Myanmar itu akan mengugat kelancaran proses Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN dalam mencari penyelesaian kepada kebuntuan politik di negara itu.
"Semalam dalam mesyuarat konsultasi ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan ke Myanmar, semua wakil negara ASEAN hadir tetapi Noeleen tidak diundang ke mesyuarat itu kerana beliau tidak diiktiraf junta Myanmar.
"Ini adalah satu lagi contoh, nampaknya, Myanmar tidak beri kerjasama sebaiknya dalam melaksanakan 5PC," katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini pada Ahad.
Saifuddin yang memetik statistik berkata 10,786 pertempuran bersenjata dan serangan ke atas orang awam di Myanmar berlaku dari 1 Feb 2021 hingga 15 April 2022, dengan 2,146 orang terbunuh dan 13,282 ditahan, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding negara konflik seperti Syria dan Yaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Utusan Khas ke Myanmar
#Junta
#Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#UNSG
#Dr Noeleen Heyzer
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Menteri Luar
#ASEAN
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan