awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal destinasi pelaburan kukuh meskipun dunia tidak menentu - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
06/03/2026
03:32 MYT
Malaysia kekal destinasi pelaburan kukuh meskipun dunia tidak menentu - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul turut menekankan bahawa kejayaan menarik pelaburan adalah hasil usaha bersepadu pelbagai pihak. - Foto fail
Malaysia terus menunjukkan ketahanan sebagai destinasi pelaburan pilihan meskipun ekonomi global dilanda ketidaktentuan, menurut Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Dua tahun kebelakangan ini menyaksikan landskap global berubah secara drastik, termasuk tindakan tarif oleh Amerika Syarikat pada 2025 serta konflik berlarutan di Asia Barat pada tahun ini.
"Namun, Malaysia kekal stabil hasil rangka kerja dasar yang jelas dan reformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak 2023," jelasnya.
Tengku Zafrul turut menekankan bahawa kejayaan menarik pelaburan adalah hasil usaha bersepadu pelbagai pihak.
"Malaysia mencatat hampir RM427 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2025, merangkumi kira-kira 8,400 projek yang dijangka mewujudkan hampir 245,000 pekerjaan," katanya.
Menurutnya, pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap strategi ekonomi negara, termasuk Rangka kerje Pelan Indusk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan kerangka Ekonomi MADANI, yang menyediakan kepastian dan arah tuju kepada industri.
Sementara itu, bagi tahun 2026, MIDA memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor strategik, memperkukuh penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalan, serta mempercepat pelaksanaan aspirasi NIMP 2030 melalui automasi, pembangunan bakat dan inovasi.
"MIDA kini bukan sekadar agensi kelulusan pelaburan, tetapi rakan strategik yang memastikan setiap projek membawa manfaat sebenar kepada ekonomi tempatan," tegas beliau.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Persidangan Media Tahunan MIDA 2026 yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan) MITI; Datuk Bahria Mohd Tamil, serta Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#MIDA
#destinasi pelaburan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan