awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited pastikan keselamatan tenaga domestik kekal terjamin - Akmal Nasrullah

Bernama
Bernama
08/04/2026
13:58 MYT
Malaysia komited pastikan keselamatan tenaga domestik kekal terjamin - Akmal Nasrullah
- Foto Kementerian Ekonomi
Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan tenaga domestik kekal terjamin dan pada masa sama terus berperanan sebagai rakan strategik yang diyakini dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan tenaga antarabangsa, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Menurutnya melalui perbincangan beliau dengan Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Australia Chris Bowen, Australia turut memberi jaminan bahawa langkah penyesuaian di bawah mekanisme keterjaminan gas domestik negara itu tidak akan menjejaskan kepentingan Malaysia.
Akmal Nasrullah menerusi hantaran di media sosial beliau semalam berkata perbincangan secara dalam talian itu bertujuan membincangkan isu keselamatan tenaga serantau dan global berikutan ketidaktentuan pasaran tenaga akibat konflik di Asia Barat.
“Antara tumpuan utama perbincangan adalah keadaan semasa rantaian bekalan minyak, gas dan bahan api bertapis serta tekanan berterusan ke atas pasaran tenaga global susulan faktor geopolitik.
“Kami berdua juga bersetuju bahawa komunikasi awam yang jelas, konsisten dan berprinsipkan 'no surprises' (tidak mengejutkan) amat penting supaya setiap kenyataan difahami dengan tepat dan tidak menimbulkan salah tafsir,” katanya.
Akmal Nasrullah berkata dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, pendekatan bukan sahaja terletak kepada tindak balas terhadap krisis, sebaliknya bagaimana untuk membuat persediaan, menguruskan risiko dan melindungi kepentingan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akmal nasrullah
#krisis tenaga
#Australia
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan