awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan ke atas rumah ibadat Yahudi di California - Wisma Putra

Bernama
Bernama
28/04/2019
21:14 MYT
Malaysia kutuk serangan ke atas rumah ibadat Yahudi di California - Wisma Putra
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata ia adalah perbuatan pengganas durjana yang harus dikecam. - Foto REUTERS
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan ke atas sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di San Diego, California, Amerika Syarikat yang menyebabkan seorang wanita maut dan tiga lagi cedera, pada Sabtu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata ia adalah perbuatan pengganas durjana yang harus dikecam.
"Semua individu dari semua kepercayaan dan agama harus bebas untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
"Keamanan semua orang tanpa mengira agama mesti dijamin terutama dalam ruang rumah ibadat masing-masing. Kemanusiaan mestilah bebas dari sentimen kebencian dan ekstremisme.
"Kami mengambil maklum laporan bahawa pelaku yang didakwa melakukan perbuatan itu, dalam surat terbukanya, juga mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah masjid di Escondido, California pada 24 Mac, 2019. Oleh itu kami menggesa supaya pelaku kedua-dua insiden tersebut dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia berganding-bahu bersama mangsa dan keluarga yang terkesan di San Diego, California.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekstremisme
#kuil Yahudi
#rumah ibadat Yahudi
#San Diego
#synagogue
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan