awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia masih kurang peguam jenayah - Ketua Hakim Negara

Nailah Huda
Nailah Huda
11/12/2018
12:20 MYT
Malaysia masih kurang peguam jenayah - Ketua Hakim Negara
Richard Malanjum hari ini mencadangkan bahawa peguam-peguam muda mewakili 20 kes setahun secara percuma, terutamanya bagi golongan miskin.
Kebanyakan kes tertunda di mahkamah adalah disebabkan kekurangan peguam jenayah berbanding sivil.
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum setakat ini, terdapat lebih 500,000 kes jenayah didaftarkan dalam tempoh Ogos hingga Oktober tahun ini.
"Kekurangan peguam jenayah berbanding sivil menyebabkan banyak kes di mahkamah tertunda.
"Orang ramai sering menuding jari kepada mahkamah kerana lambat menyelesaikan sesuatu kes tetapi ia bukan salah mahkamah.
"Kadangkala ia salah peguam atau pendakwa raya," katanya ketika menyampaikan Dialog Hak Asasi Manusia Aras Tinggi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) di sini pada Selasa.
Tambah Richard, para peguam muda di Semenanjung disaran mewakili 20 kes setahun secara percuma bagi golongan kurang berkemampuan.
Katanya, amalan itu dapat memberi peluang dan pengalaman lebih tinggi kepada peguam muda.
Malah, menurutnya, amalan itu telah dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, walaupun di Semenanjung mempunyai sistem bantuan guaman tersendiri tetapi ini merupakan peluang mereka (peguam muda) memberikan khidmat sosial.
"Ia sangat berguna bagi golongan yang tidak mampu (bayar) kos peguam. Kita minta peguam untuk mengambil 20 kes setahun secara percuma. Pada masa yang sama, mereka juga dapat belajar dan harap amalan ini dilaksanakan di Semenanjung," katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Asia
#jenayah
#kerajaan
#Ketua Hakim Negara
#mahkamah
#Malaysia
#peguam
#Peguam Negara
#pro bono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan