awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pada kedudukan baik tangani impak konflik Asia Barat - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
09/03/2026
10:49 MYT
Malaysia pada kedudukan baik tangani impak konflik Asia Barat - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan bagaimanapun kekal berwaspada terhadap implikasi domestik susulan peningkatan harga tenaga, khususnya dari segi kos sara hidup rakyat. - Gambar fail
Malaysia berada pada kedudukan baik bagi menangani impak ekonomi susulan konflik di Asia Barat, termasuk sokongan daripada status negara sebagai pengeksport bersih tenaga selain mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kedudukan negara sebagai pengeksport bersih tenaga juga menjadi penampan terhadap ketidaktentuan pasaran minyak global walaupun dalam senario perkembangan geopolitik yang berkemungkinan melonjakkan harga minyak mentah.
“Sehubungan itu secara asasnya, adalah penting untuk mengakui (kedudukan) Malaysia sebagai pengeksport bersih tenaga. Bersandarkan keadaan itu, kita mempunyai beberapa manfaat positif yang membolehkan kita keluar daripada (cabaran) ini,” katanya selepas majlis pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 (CMP) di sini, hari ini.
Pelancaran pelan berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
Mengulas selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan bagaimanapun kekal berwaspada terhadap implikasi domestik susulan peningkatan harga tenaga, khususnya dari segi kos sara hidup rakyat.
Kerajaan juga, katanya, telah bertindak menguruskan potensi impak terbabit menerusi pendekatan seperti pelaksanaan subsidi bersasar sejak dua tahun lepas, sekali gus membolehkan peningkatan kos berkaitan diserap secara beransur-ansur oleh sistem dan pada masa sama dapat menjamin kemampanan fiskal.
“Sejak dua tahun lepas, kita meperuntukan banyak masa bagi melaksanakan subsidi. Menerusinya, kita berjaya melaksanakan beberapa mekanisme pemindahan kos kepada sistem yang membolehkan usaha mengurus impak terhadap kedudukan fiskal kerajaan dilakukan dengan lebih baik.

“Pada masa sama, keutamaan segera kerajaan adalah memastikan kestabilan bekalan bahan api di negara ini, khususnya gas dan petrol,” katanya.

Amir Hamzah berkata Malaysia juga terus menikmati bekalan gas yang stabil sejajar kedudukan sebagai pengeluar dan juga pengeksport dengan kapasiti mencukupi bagi menyokong penggunaan domestik melalui rangkaian saluran paip pembekalan utiliti serta pengguna industri.

Beliau berkata bekalan bekalan petrol dalam negara juga adalah memadai dengan paras simpanan semasa di paras wajar.

“Berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport dan pengeluar bersih, kita mempunyai bekalan yang amat baik dan stabil bagi pelanggan utiliti serta industri.

“Kita juga merupakan pengeluar bahan api dalam negara dan ini memberi sedikit keanjalan untuk mengharunginya,” katanya.

Antara usaha membantu pengguna daripada ketidaktentuan yang berlaku, Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan harga subsidi petrol RON95 bagi tempoh dua bulan akan datang.

Jelas Amir Hamzah, langkah itu bertujuan melindungi orang ramai daripada kejutan harga ketika kerajaan terus memantau perkembangan di Asia Barat.

“Harga akan disalurkan menerusi sistem, namun memandangkan kita mempunyai kapasiti untuk menguruskannya, impak terhadap rakyat dapat dikendalikan dengan cara ini,” katanya.

Amir Hamzah berkata daya tahan ekonomi Malaysia juga mendapat sokongan seterusnya daripada momentum pertumbuhan kukuh tahun ini yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 5.2 peratus dalam tahun lepas.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#Asia Barat
#Timur Tengah
#minyak dan gas
#eksport
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan