awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia peneraju halal global, diiktiraf lebih 50 negara - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/04/2026
04:57 MYT
Malaysia peneraju halal global, diiktiraf lebih 50 negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Industri PERDA Halal Park di Perda Food Park, di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri halal global dengan sistem pensijilan yang diiktiraf lebih 50 negara, selain mengekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama bertahun-tahun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kekuatan negara bukan sahaja terletak pada pengeluaran sijil halal, tetapi merangkumi keseluruhan rantaian nilai termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemasaran ke peringkat global.
“Malaysia adalah peneraju kepada pengeluaran sijil halal. Tahun ini ialah tahun ke-51 pengeluaran sijil halal, tiada negara Islam atau negara bukan Islam yang mengeluarkan sijil-sijil halal seperti ini (yang diiktiraf banyak negara), melainkan Malaysia,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Industri PERDA Halal Park di Perda Food Park, di sini hari ini.
Beliau menegaskan usaha itu menjadi penanda aras antarabangsa dalam pembangunan ekosistem halal menyeluruh, termasuk pengembangan industri dan pengedaran ke pasaran domestik serta antarabangsa.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Dr Shaik Hussein Mydin.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#sijil halal
#industri halal global
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan