awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS - Abdul Wahid

Dagang News
Dagang News
09/09/2021
21:40 MYT
Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS - Abdul Wahid
ABDUL WAHID: Jika ini merebak ke sektor elektrik dan elektronik, kerosakan (ke atas ekonomi Malaysia) amat buruk. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merombak dasar buruh bagi menangani perkara berkaitan pekerja asing yang perlu diberi perhatian segera berikutan dakwaan amalan penggajian salah terhadap syarikat pengeluar minyak sawit dan pembuat sarung tangan getah.
Pengerusi majlis penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur, (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, tindakan segera perlu dilakukan kerana ia berkaitan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di mana banyak perniagaan global akan mengenepikan syarikat yang dituduh terlibat dalam buruh paksa dan perhambaan moden dalam rantaian pembekalan.
"Jika ini merebak ke sektor elektrik dan elektronik, kerosakan (ke atas ekonomi Malaysia) amat buruk,’’ kata Abdul Wahid yang juga pengerusi Bursa Malaysia Bhd.
Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara dengan tema 'Winning the War against COVID – The Road to Recovery' anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific secara maya hari ini.
Abdul Wahid berkata, dakwaan buruh paksa ke atas syarikat pengeluar minyak sawit dan pembuat sarung tangan getah, berkait dengan isu pekerja asing yang direkrut oleh agensi pekerjaan di negara asal mereka.
Dalam konteks ini beliau berkata, kerajaan Malaysia perlu menangani dua perkara yang membimbangkan.
Pertama, kerajaan Malaysia perlu berbincang dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk melucutkan perintah larangan US Customs and Border Protection terhadap beberapa syarikat Malaysia yang dituduh mengamalkan buruh paksa.
“Yang kedua, berkenaan dasar pelantikan agen pengambilan pekerja asing yang mengenakan caj melampau ke atas pekerja asing,” kata beliau. wahid omar ABDUL WAHID OMAR
Terdahulu, beliau berkata, pasaran saham tempatan pulih secara ketara pada Ogos 2021 selepas mencatatkan prestasi hambar pada separuh pertama tahun ini.
‘’Keadaan itu dibuktikan dengan dana pelabur asing menjadi pembeli bersih buat pertama kali sejak Jun 2019 dengan aliran masuk bersih RM1.1 bilion.
‘’Penanda aras saham tempatan, Indeks FBM KLCI meningkat 7.1% dari bulan ke bulan untuk ditutup pada paras 1,601 mata pada akhir bulan lalu,’’ ujarnya.
Abdul Wahid berkata, pemulihan sentimen itu sebahagiannya disokong oleh keuntungan korporat yang kukuh bagi suku kedua 2021 yang meningkat 113% dari asas tahun ke tahun dan tiga peratus dari suku ke suku tahunan.
"Positif sentimen juga dilihat dalam pasaran bon dengan pegangan asing meningkat sebanyak RM6.6 bilion pada Ogos 2021, menjadikan aliran masuk bersih setakat ini kepada RM24.6 bilion,’’ katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#dasar buruh
#pekerja asing
#ESG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan