awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2023
00:00 MYT
Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini
Sebahagian peserta yang menjayakan program Malaysia #QuranHour sebelum ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Hari ini negara akan bergema alunan bacaan al-Quran sempena Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung serentak di seluruh negara.
Lokasi perdana bagi Malaysia #QuranHour akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari.
Program Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.
Ia bertepatan dengan tema iaitu 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar' yang menjadi penghubung kepada usaha melahirkan golongan muda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekali gus melahirkan pemimpin soleh.
Seramai 3,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam program berkenaan di Putrajaya.
Selain itu, terdapat penglibatan kedutaan luar negara iaitu daripada Amerika Syarikat, Australia dan Thailand.
Penganjuran kali kesembilan ini turut mendapat kerjasama daripada 19 rakan sinergi media, yang akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1.
Program yang dilaksanakan sejak 2015 lalu itu adalah sebuah program satu jam bersama al-Quran, sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT).
Antara pemimpin politik yang bakal turut serta ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Orang ramai masih belum terlambat untuk bersama-sama menghayati surah-surah yang disampaikan di samping dapat memeriahkan majlis berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Malaysia QuranHour
#Hari Kebangsaan
#Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan