awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
UCL: Cuba lagi Liverpool, Barcelona
Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia seru komuniti antarabangsa gagalkan rancangan Israel ilhak tanah Palestin

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2020
10:30 MYT
Malaysia seru komuniti antarabangsa gagalkan rancangan Israel ilhak tanah Palestin
MUHYIDDIN: Malaysia akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin di sebalik keganasan Israel dan kami menggesa penduduk antarabangsa serta PBB untuk menolak rancangan Israel itu. - Gambar fail
Malaysia mengutuk keras tindakan rejim Israel yang melakukan pencerobohan berterusan dengan meneruskan rancangan ilhak (ambil alih secara paksa) di tanah milik warga Palestin di Tebing Barat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa sama, menyeru komuniti antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama-sama menggagalkan rancangan pencerobohan oleh rejim itu.
"Malaysia akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin di sebalik keganasan Israel dan kami menggesa penduduk antarabangsa serta PBB untuk menolak rancangan Israel itu.
"Komuniti antarabangsa mesti memastikan rancangan itu tidak akan dilaksanakan," beliau berkata demikian semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 secara maya yang dipengerusikan Pengerusi ASEAN Tahun 2020, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di Hanoi pada Jumaat.
Tindakan pencerobohan itu jelas menunjukkan tindakan tidak ikhlas rejim Israel terhadap rancangan pelan damai bagi konflik Israel-Palestin.
"Tindakan tidak sah dan tidak secara rundingan oleh Israel itu jelas mewujudkan persoalan sejauh mana keikhlasan mereka ke arah mewujudkan keamanan dan mencapai penyelesaian jangka panjang kepada konflik Israel-Palestin," tambahnya.
Sebelum ini, ribuan penduduk mengadakan protes susulan pencerobohan rejim Israel ke atas kawasan tanah Palestin yang dirampas untuk pembinaan jalan pintasan melibatkan 741 ekar tanah pertanian milik mereka.
Malah, tindakan itu turut menyukarkan petani dan penduduk tempatan untuk mengusahakan tanah pertanian mereka.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Israel
#keganasan
#Malaysia
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#PBB
#Perdana Menteri
#protes
#rakyat
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan