awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
100 ribu penduduk Gaza dapat ‘talian hayat’ jika misi berjaya - MB Selangor
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
11/12/2024
06:15 MYT
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam proses peralihan kuasa di Syria. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
"Kami memantau situasi di Syria setiap hari. Perpecahan harus ditolak dan perpaduan perlu dipegang sebagai prinsip utama untuk membina semula negara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kumpulan Visi Strategik: Interaksi Antara Rusia dan Dunia Islam, di sini, pada Rabu.
Anwar turut menekankan kepentingan memupuk dunia multipolar yang berpaksi keadilan dengan menggesa pemimpin menukarkan dialog kepada tindakan yang nyata.
“Perhimpunan pagi ini adalah seruan untuk bertindak. Ini merupakan peluang untuk memperdalamkan kerjasama dan mengukuhkan komitmen bersama terhadap kedamaian dan keadilan,” ujarnya.
Anwar turut menasihatkan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab untuk menyokong Syria sebagai sebuah negara yang merdeka dan bersatu.
Isnin lalu, media melaporkan pemerintahan keluarga Assad selama lima dekad di Syria berakhir selepas pejuang pembangkang menguasai Damsyik pada awal pagi Ahad.
Presiden Syria, Bashar al-Assad yang memegang kuasa selama 24 tahun selepas menggantikan bapanya dilaporkan melarikan diri dari negara itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Syria
#Bashar al-Assad
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan